THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

* * ASSALAMUALAIKUM * *

:: Adakala Kita Perlu Menangis Supaya Kita Sedar Bahawa Hidup Ini Bukan Sekadar Untuk Ketawa ; Adakala kita Perlu Ketawa Supaya Kita Dapat Menilai Betapa Mahalnya Setitis Air Mata & Adakala kita Perlu Menghargai apa Yang Kita Ada ; Kerana Selepas Kehilangannya Baru Kita Menyedari Bahawa Berharganya Dia Untuk Kita ::

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu



Selamat Hari Ibu Kepada Suma Insan yang Bergelar Ibu..Tidak Lupa juga Kepada Ibu Hani Yang Bernama HJH WAN SELAMAH BINTI HJ WAN MADENI...Semoga beliau sentiasa sihat dan walafiat disamping anak-anak,cucu-cucu yang tercinta..Hayati lah...

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Saturday, May 8, 2010

Imbas Kembali Kenangan Di Sekolah









Pelajar Tingkatan 5C..banyak glak kenangan ngan cdak ya..Banyak2 tingkatan kat sekolah dlok just Tingkatan 5C xda pengawas..tapi byk pengganas..Nak alah2 ada jak kes..kes nganok cekgu la,berkelaie la,begerek pun ada...Tapi kelas ya lah paling happening skali..dgn bising nya juwak..Tok lah best fren mek kat sekolah dlok..time tok mek owg dah nak habis SPM..so time bgambar..apa gik dak Zam,Dedeq,Saiful,Fendi,Afendi,Hamzah,Ady,Ana,Mala,Anasiah,Sofea n lain2 dwoh bgambar..posing sana posing cni jak..termasuk kmk..hehehe
P cney gik cdak kenek tok ooo..Mesti suma dah keja kan...Hope pat jumpa tak org lak eyh...nak sembang2..gosip2..hehehe

Saje-Saje

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima Kasih Hani Ucapakan kerna menjenguk blog Hani...Hari ni xde plan nak kua,so Hani dok jer rmh..melayan karenah my niece..Satu hari ni asyik melayan die jer..Tapi Hani tak kesah coz die yg wat kita org eppy..U all kua tak???..ermm
satu hari ini Hani layari Facebook..boring kat rmh...dengan keadaan cuaca yang panas..Alhamdulillah..Hani bersyukur ke hadrat illahi kerana diberikan cahaya yang menerangi bumi kita,memberi hikmat u kehidupan kita di dunia ini...

Hani rasa nak mkn burger KFC la..tapi Hani tak kuar..Kalo la ada MY Hubby kan dapat tolong Hani belikan..tapi tak pe..nanti kalo ada masa hani akan belikan untuk Hani sendiri..hehehe...

Friday, May 7, 2010

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

1. apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.
3. berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yang betul itu adlah satu-satunya syiar Islam.
4. janganlah bertengkar dalama apa-apa jua perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkanbersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang lain.
8. jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apaa yang memberi kebajikan.
9. berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10. kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Thursday, May 6, 2010

Tentang Cinta



Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji(Hamka)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.(Hamka)

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.(Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.Ali bin Abi Thalib

Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.(A’idh Al-Qorniq)